Pendaftaran Rakan Manfaat KOPROJAYA
Jadi Rakan Strategik KOPROJAYA
Sertai rangkaian kerjasama eksklusif bersama koperasi profesional berimpak tinggi
🔗 Siapa Kami?
KOPROJAYA (Koperasi Profesional Putrajaya Berhad) merupakan koperasi berdaftar di bawah SKM yang ditubuhkan untuk memperkasa kebajikan, perniagaan dan jaringan profesional anggota. Kami kini sedang meluaskan kolaborasi bersama rakan strategik yang berminat untuk memberikan manfaat eksklusif kepada warga KOPROJAYA, sambil meningkatkan visibiliti jenama dan potensi keuntungan perniagaan anda.
🤝 Kenapa Jadi Rakan Strategik (Manfaat) KOPROJAYA?
Sebagai Rakan Strategik (Manfaat) KOPROJAYA, anda akan mendapat akses kepada:
✅ Peluang Jualan Berterusan – Promosi produk atau servis anda secara eksklusif kepada anggota KOPROJAYA.
✅ Penempatan Produk di KOPROSHOP – Produk anda boleh disenaraikan di platform e-dagang rasmi koperasi dengan tawaran harga istimewa untuk anggota.
✅ Hebahan Meluas – Sokongan pemasaran melalui saluran rasmi KOPROJAYA termasuk media sosial, siaran WhatsApp, dan laman web.
✅ Pengiktirafan Sebagai Rakan Manfaat – Logo perniagaan anda akan dipaparkan di laman web rasmi dan bahan promosi koperasi.
✅ Akses Acara dan Booth – Peluang menyertai acara utama koperasi seperti Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) serta program komuniti.
✅ Komuniti Pelanggan Setia – Tingkatkan jualan melalui pemberian diskaun/insentif khas kepada warga KOPROJAYA (anggota dan kakitangan).
🎯 Siapa Yang Kami Cari?
Kami terbuka untuk kerjasama dengan perniagaan seperti:
- Restoran & kafe
- Klinik & pusat rawatan
- Servis profesional (guaman, takaful, latihan, perundingan)
- Gaya hidup & wellness (spa, gym, terapi, kecantikan)
- E-dagang & peruncitan (fizikal dan atas talian)
- Agensi pelancongan, pendidikan & latihan
- Perniagaan yang mempunyai rangkaian cawangan, francais atau servis di seluruh Malaysia
📌 Apa Syaratnya?
- Menyediakan manfaat khusus untuk warga KOPROJAYA (contoh: diskaun, baucar, free gift)
- Menandatangani Nota Kerjasama antara syarikat anda dan KOPROJAYA (jika perlu)
- Komitmen untuk kekalkan kerjasama minimum 1 tahun (boleh diperbaharui setiap tahun)
📝 Berminat? Sertai Sekarang
Isi borang di bawah untuk mula jadi Rakan Strategik (Manfaat) kami.
❓ Ada Soalan?
Hubungi kami di:
📧 setiausaha@koprojaya.com.my
📱 WhatsApp:
📱 WhatsApp En Azmi, Jawatankuasa Rakan Strategik Manfaat:
📱WhatsApp En James, Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan & Pelaburan